Kamis, 07 April 2011

HUKUM NEWTON


Hukum Newton Pertama

Hukum gerakan Newton pertama yang ditemui oleh Sir Isaac Newton menyatakan mengenai sifat inersia sesuatu objek. Hukum gerakan Newton pertama menyatakan bahawa sesuatu objek akan kekal dalam keadaan asalnya, iaitu dalam keadaan pegun atau dalam keadaan halaju seragam jika tiada daya luar bertindak ke atas objek itu.
Sesuatu objek yang pegun akan tetap pegun. Oleh itu, untuk mengerakkan objek yang pegun itu, satu daya dari luar diperlukan.
Sesuatu objek yang bergerak dengan halaju seragam akan tetap bergerak dengan halaju seragam sepanjang garis lurus.Untuk mengubah keadaan itu, daya luar mesti ditindakkan ke atas objek itu

Hukum Newton Kedua

Hukum gerakan Newton kedua menyatakan bahawa kadar perubahan momentum adalah berkadar terus dengan daya paduan yang bertindak ke atas objek itu pada arah yang sama dengan arah tindakan itu.
\vec{F} = m(\vec{v}-\vec{u})/t
iaitu F = daya paduan; m = jisim objek di bawah pengaruh daya paduan F; v = halaju akhir objek; u = halaju awal objek; t = masa.
Disebabkan pecutan objek diberi oleh \vec{a} = (\vec{v}-\vec{u})/t, Hukum gerakan Newton kedua lebih terkenal dengan formula \vec{F} = m.\vec{a}. Ini bermakna, semua objek berjisim tetap di bawah suatu pengaruh daya paduan F bukan sifar akan mengalami pecutan. Justeru, Hukum gerakan Newton kedua ini juga dikenali sebagai hukum pecutan.

Hukum Newton Ketiga

Hukum gerakan Newton ketiga menyatakan bahawa untuk setiap daya tindakan , terdapat satu daya tindak balas yang mempunyai magnitud sama dan bertindak pada arah yang bertentangan.
Contoh:
  • Apabila seseorang berjalan, tapak kakinya menolak ke lantai ke belakang. Lantai menolak tapak kaki orang itu ke hadapan dengan magnitud daya yang sama.
  • Sebuah buku diletakkan di atas permukaan meja. Berat buku itu bertindak ke atas meja. Meja itu bertindak balas dengan daya yang sama magnitud tetapi pada arah yang bertentangan iaitu ke atas.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar